Keluargaku Sayang


Majlis Pertunangan


Majlis Pertunangan anakku yang telah berlangsung pada 28.12.2012 pada jam 8.30 malam. Alhamdulillah majlis telah berjalan dengan lancar dan segala urusan dipermudahkan. Diucapkan terimakasih kepada keluarga yang hadir dan yang membantu sepanjang majlis berjalan sehinggalah majlis selesai. Gambar ini dirakamkan setelah selesai majlis dan tetamu yg hadir telah pun beredar. 

Keperluan blog di dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)

Kenapa Blog Diperlukan Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P).
Blog dalam era teknologi kini melebihi daripada sekadar tempat luahan, tetapi blog juga digunakan sebagai tempat untuk menyebarkan maklumat. Khasnya dari konteks pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru, malah pelajar juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat melalui blog.
Sebagai seorang guru, blog digunakan untuk membantu guru dalam memperbaiki P&P nya dari sudut mendapatkan bahan-bahan pengajaran. Pelbagai bahan boleh dimuat turun dari internet dan bahan-bahan tersebut boleh digunakan dalam sesi pengajaran. Antara bahan-bahan tersebut seperti video, set lengkap powerpoint sesuatu subjek, lagu dan banyak lagi. Bahan-bahan tersebut contohnya dapat digunakan di dalam set induksi, malah juga terdapat bahan yang boleh terus digunakan untuk mengajar seperti mana yang terdapat di dalam laman - laman web tertentu yang memuatkan bahan-bahan pengajaran dalam bentuk power point. Di dalamnya disertakan sesi pengajaran bermula dari set induksi hingga kesimpulan. Selain itu ia membantu pelajar untuk muat turun nota-nota dan soalan.

Kebaikan Blog Di Dalam 
Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P).
Blog memudahkan para guru dalam meneruskan P&P apabila pengaplikasian blog dalam sesi pengajaran. Sebagai contoh, nota-nota pengajaran ,soalan penilaian dan sebagainya boleh didapati oleh pelajar terus dari blog guru tersebut. Hal ini lebih menjimatkan masa dan bagi sesetengah pelajar merupakan persediaan awal untuk mereka belajar. Hal ini selaras dengan matlamat kementerian untuk menjana ict dalam pendidikan. Walaubagaimanapun perkara ini mungkin lebih sesuai digunakan oleh pelajar yang lebih mudah untuk mendapatkan sumber internet dan lebih mudah pada pelajar yang berada dibandar. Tetapi apabila dilihat secara positif, guru tersebut mestilah aktif dan sentiasa kehadapan dalam mencari maklumat baru dan nota-nota yang berguna. guru boleh mendapatkan pelbagai nota dengan memngambil dari blog-blog guru dan nota tersebut boleh diberikan kepada pelajar. Selain itu soalan-soalan lepas dan soalan-soalan ramalan dapat dikongsi bersama.
Jaringan maya ini boleh digunakan untuk perkongsian maklumat antara guru. Sekiranya guru menghadapi masalah yang berkaitan dengan murid, pengawalan kelas, pengajaran dan pembelajaran, penyediaan objektif pengajaran dan hal-hal lain yang berkaitan dengan sekolah boleh dikongsi melalui ruangan forum yang disediakan didalam blog. Melalui perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah guru dan mengurangkan tekanan yang di hadapi oleh guru. Sebagai contoh perkongsian idea bagaimana membuat set induksi yang menarik.Selain itu, kerajaan melalui misi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) antaranya ialah mengurangkan jurang teknologi antara bandar dan luar Bandar. Dalam menyahut misi ini pembinaan blog secara tidak langsung membantu secara pantas dalam menyampaikan maklumat dari sekolah  Bandar ke luar Bandar. Perkonsian idea dalam pengajaran dan pembelajaran dapat disebarkan dengan cepat

Keburukan Blog Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P).
Keburukan akan timbul kerana apabila wujudkan kumpulan ini pada mulanya membincangkan tentang pelajaran lama-kelamaan berubah menjadi kumpulan untuk berborak dan membuang masa. Bahayanya pengwujudan kumpulan ini perlu dibendung dan dipantau oleh guru atau fasilitator untuk sesebuah kumpulan untuk pelajaran.
Salah satu keburukan dalam proses pembelajaran melalui blog adalah maklumat yang dikongsi adalah kurang dipercayai kerana bergantung kepada sumber yang kurang sahih. Ini kerana pengguna blog mengambil maklumat terus daripada enjin carian seperti google, bing, yahoo dan sebagainya. Kebanyakan maklumat yang dipaparkan didalam enjin carian tersebut adalah kurang diyakini kesahihan maklumatnya. Seperti contoh laman web Wikipedia memberi banyak maklumat berguna kepada kita tetapi kesahihan laman sesawang tersebut boleh disangkal kerana maklumatnya boleh diubah oleh pengguna lain. Jikalau maklumat daripada laman sesawang dibandingkan dengan buku yang ditulis kesahihan buku lebih baik kerana ianya ada penulis dan disahkan oleh badan-badan tertentu sebelum diterbitkan.
Walaupun carian daripada internet tiada sempadan dan tiada had tetapi kesahihan maklumat yang didapati adalah kurang tepat. Pelajar sekarang juga malas untuk ke perpusatakaan untuk menjacri sumber rujukan dan meminjam buku. Oleh hal yang demikian, mereka menggunakan enjin carian untuk berkongsi ilmu didalam blog. Setiap orang member pandangan dan hujah didalam blog yang kesahihannya belum tentu di akui. Oleh itu, maklumat yang kurang tepat dikongsi oleh pengguna dan pembaca blog yang lain.

Kesimpulan.

Penggunaan ICT dalam pendidikan selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara kita menjadi lebih kompetitif di mana Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan kualiti pendidikan. ICT menjadi pemangkin kepada perkembangan pendidikan bertaraf dunia yang menjadi impian Malaysia. 
Guru bukan sahaja merupakan sumber inspirasi kepada murid-murid, malah guru-guru menjadi pendorong kepada kejayaan dan kemajuan murid. Teknologi perlu dilihat sebagai satu alat dan bukan segala-galanya yang boleh mengambil peranan penting seseorang guru. Guru diperlukan untuk mencorakkan perkembangan pelajar kerana tugas ini tidak boleh dilakukan oleh teknologi walau secanggih mana sekalipun teknologi boleh mencorakkan pembelajaran. 

Pembelajaran memerlukan hubungan manusia dengan manusia dan sentuhan guru terhadap murid. Peranan guru yang berterusan sebagai seorang pakar untuk membimbing, mendorong, membina keyakinan, menunjuk ajar, menangani masalah pembelajaran, mengembang kemahiran diri, dan sebagainya tidak ambil alih oleh teknologi.dalam menangani arus ledakan teknologi ini guru harus mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan, meluaskan peranan guru dalam membantu dan membimbing murid-murid serta membantu guru meningkatkan usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang diberi kepada murid-murid seterusnya berjaya membangunkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menjadikan ICT sebagai medium paling berkesan ke arah merealisasaikan impian tersebut. Apa lagi dalam usaha kerajaan untuk mengangkasakan pendidikan di Malaysia dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia glokal berminda kelas pertama dalam menyahut Sembilan Cabaran Wawasan 2020.
Namun tiap-tiap sesuatu yg didatangkan itu tidak hanya sekadar kita fikirkan tentang kebaikannya sahaja. Kesan-kesan dan pengaruh yang melampaui adalah kesan yang negatif yang sewajarnya kita iringkan dan fikirkan bersama. Semua ini adalah tertanggung kepada pengguna yang mana hendak disalurkan samaada kearah kebaikan atau sebaliknya. Yang penting adalah kita letakkan kesedaran dalam diri beserta kembali kepada tujuan asal.



Rujukan
http://nineteengroup08.blogspot.com/2008/10/fungsi-blog-kepada-p.html
http://cgdahpm.blogspot.com/2010/01/kepentingan-ict-dalam-meningkatkan.html








InsyaAllah ada Jalannya

Bukan hari ini INDAH, kita BAHAGIA...... tapi kerana kita BAHAGIA hari ini menjadi INDAH.

Bukan kerana MUDAH kita YAKIN BOLEH...... tapi kerana kita YAKIN BOLEH, maka semuanya menjadi MUDAH.

About Me

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana blog ini dapat dihasilkan. Blog ini dihasilkan kerana tugasan yang diberikan oleh Dr. Nurbiha untuk subjek Aplikasi Teknologi Maklumat & Komunikasi DPT1023 . Terima kasih juga kepada suami dan anak-anak yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan.

Selautan Ilmu Pengetahuan
Tidak Sama Dengan Setitik Amalan
Selautan Amalan
Tidak Sama Dengan Setitik Keikhlasan
Selautan Keikhlasan
Tidak Sama Dengan Setitik Pengorbanan

Thank You Dr. Nurbiha

Thank You Dr. Nurbiha

Do Follow Me (:

Takwim

Haiyya 'Ala Solah

Mutiara Hati

Mutiara Kata

Mutiara Kata

I Love My Family

I Love My Family

Sepanjang Jalan Ini

Sepanjang Jalan Ini